Manis Madu
×

  Nov, 21, 2019
5 Makanan Street Food Yang Super Menarik Di Negara Jiran – Thailand!
oleh

Sawasdee ka kawan-kawan Madu!

Selain tempat-tempat menarik yang Madu pergi di sekitar Thailand, makanan-makanan street food juga adalah salah satu tarikan kenapa cik Madu nak ke sana setiap tahun. Selalu kita dengar betapa sedapnya makanan Thai sehinggakan kalau ada Thai Festival di Malaysia, confirm ramai orang! Kan?

Selepas berkunjung di hampir 15 tempat hotspot traveller di Thailand, Madu nak berkongsi jenis- jenis makanan yang menarik yang bakal pengunjung Thailand boleh try.

Mango Sticky Rice

Sumber Gambar: themissinglokness

Pulut mangga sangat terkenal bukan sahaja dalam kalangan orang Thailand malah sesuai dengan citarasa ramai orang di Malaysia. Rasanya yang lemak, manis dan masin yang dimakan bersama santan sangat memberi keseleraan kepada kawan-kawan yang suka desert. Antara jenis mangga yang sedap di makan bersama pulut adalah Harumanis atau Mangga Nam Dok Mai. Sesiapa yang bakal berkunjung ke Thailand harus cuba sebab rasanya lain dari Pulut Mangga Malaysia tau!

Som Tam

Sumber Gambar: Thaivisa.com

Som tam atau lebih dikenali sebagai salad betik mentah adalah salah satu makanan popular di Thailand. Rasanya yang pedas yang diperbuat daripada kepingan nipis dan boleh dimakan bersama-sama dengan kacang tanah, cili, plum, kacang Panjang, ketam dan limau. Ia juga boleh diolah mengikut citarasa masing-masing dimana boleh menggunakan bahan-bahan lain asalkan mengekalkan tekstur yang sama.

Pad Thai

Sumber Gambar: Telegraph

Pad Thai adalah salah satu makanan favourite Madu yang kadang-kala Madu masak sendiri menggunakan bahan-bahan masakan yang sama. Pad Thai adalah sejenis kueh tiow halus yang berisikan udang, toge, tauhu dan campuran telur dengan minyak ikan dan cili. Kepada yang biasa makan Pad Thai, jeruk nipis dan sedikit kacang tanah harus ada untuk melengkapkan rasa enak. Rugi tak cuba kalau pergi ke Thailand! Sedap ~

Meatballs & Sausages – Lok Ching

Sumber Gambar: hishgraphics

Bebola Daging dan Ayam serta Lok Ching merupakan makanan yang dibawa dari Thailand ke Malaysia. Makanan ala-ala steamboat ini sangat popular dalam kalangan masyarakat yang tinggal berhampiran dan sempadan Malaysia-Thailand seperti Rantau Panjang Kelantan, Jawi Kedah dan lain-lain lagi. Makanan ini selalu dinikmati tak kira masa sama ada pagi, tengahari, petang dan malam. Di Thailand, bermacam-macam lagi bebola dan sosej halal yang sedap dan sangat murah lagi-lagi dimakan bersama-sama dengan sos pedas manis. Tak percaya, cuba try nanti di Thailand!

Thai Coconut Ice Cream

Selepas penat berjalan dengan suasana panas terik, memang sedapla kalah perkena Coconut Ice Cream. Rasanya yang berlemak membuatkan Madu makan bertambah-tambah. Apa yang menariknya, bekas kelapa muda kecil digunakan sebagai “mangkuk” aiskrim yang membuatkan aiskrim kelapa Thailand ini sangat unik. Terdapat juga topping tambahan seperti jagung, pulut, kacang, sprinkles dan juga roti yang membuatkan rasanya lebih enak. Harga pun sangat murah. Semasa cik Madu di Thailand, hari-hari Madu beli tetapi dengan topping yang berlainan setiap hari.

Sumber Gambar: Lovethaimaak

Selain yang Madu senaraikan di atas, ada lagi banyak makanan-makanan unik yang boleh kita rasa. Jangan risau, kebanyakkan tempat di Thailand banyak menyediakan makanan halal untuk pengunjung-pengunjung dari negara Islam.

Madu dah cuba, anda pula bagaimana? Tak lama lagi cuti panjang. Mari kita ramai-ramai ke Thailand dan menikmati Street Food Thailand. Jumpa lagi guys! 😊

 
RELATED POSTS
Tags : lok ching, makan, makanan asia, mango sticky rice, pad thai, som tam, street food, thai, thai coconut ice cream, thailand
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR