Manis Madu
×

  Jul, 04, 2019
5 Tips Pengunaan Concealer
oleh

Ramai antara kita yang membeli produk mekap tanpa mengetahui bahawa kita boleh menggunakan sesetengah produk mekap untuk pelbagai kegunaan semasa anda memekapkan wajah anda.

Sumber Gambar: Avoskinbeauty

Concealer meruapkan salah satu produk mekap yang selalu dibeli oleh kita untuk digunakan, apa fungsi concealer? Concealer berfungsi sebagai penutup celah muka yang tidak mempunyai warna yang sama dengan warna asli kulit muka anda, seperti jeragat, eyebag dan juga parut jerawat.

Sumber Gambar: Glitzmedia

Antara tips untuk penggunaan concealer adalah seperti :-

1. Gunakan concealer sebagai corrector.

Concealer boleh digunakan untuk menyamakan warna kulit anda yang tidak sekata atau tidak sama. Contohnya, concealer yang berwarna kuning boleh membantu untuk meneutralkan parut atau warna kulit yang kekuningan di muka anda. Untuk jerawat pulak cubalh gunakan concealer yang seakan-akan berwarna hijau. Biru dan pink pulak sesuai untuk cover eyebag dan juga dark circle.

2. Tap/Pat atau dab concealer

Tap/Pat atau dab kan concealer apabila anda mengaplikasikan concealer pada muka anda.

3. Campurkan concealer dan foundation

Campurkan concealer dan foundation, untuk mendapatkan light coverage.

4. Gunakan concealer sebagai primer mata

Jika anda tidak mempunyai primer mata, gunalah concealer sebagai primer mata.

5. Gunakan concealer sebagai pembetul

Jika anda membuat salah dalam mengukir kening anda, anda boleh menggunakan concealer sebagai pembetul.

Terdapat banyak pilihan concealer yang anda boleh dapatkan di luar sana, pilihlah yang sesuai dengan kulit muka anda.

 
RELATED POSTS
Tags : kecantikan
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR