Setahun hanya sekali. Ramadhan datang lagi.
Sebut sahaja pasal Ramadhan, selain dari mengumpul pahala dengan melakukan amal jariah, lokasi untuk berbuka puasa menjadi topik paling hangat bagi kita semua. Ada yang gemar untuk berbuka di rumah, dan ada juga yang memilih untuk berbuka di luar, seperti di kedai makan sehinggalah ke hotel yang bertaraf lima bintang.
Let’s check it out, hotel mewah mana yang ada menawarkan buffet spread sepanjang bulan puasa nanti. Jangan terkejut pula dengan harga yang ditawarkan oleh hotel mewah ini yang terletak di sekitar KL. Kalau mampu, tak salah kan untuk mencuba. Apa yang pasti, pengalaman berbuka puasa di hotel mewah ini pasti akan kamu ingat sampai bila-bila.
Terletak di KL Sentral, St Regis Kuala Lumpur menyediakan makanan tradisional melayu seperti Mambau Smoked Lamb with Fresh Tumeric and Coconut Milk, Sri Menanti Chicken Kalio, Melaka Asam Briyani dan semestinya jangan lupa untuk mencuba Rendang istimewa dari Chef Mohd Ridzwan. Pada 10 Mei sehingga 2 Jun, dengan tema “Warisan Melayu”, The Astor Room di St Regis KL pasti akan nampak glamor dan mewah seperti berada di istana dahulu kala. Harga untuk dewasa bermula dari RM228+ seorang. Untuk tempahan sila hubungi +603 2727 6696 atau email ke dining.kualalumpur@stregis.com.
Lemon Garden, Shangri-La KL sudah semestinya menjadi pilihan warga kota untuk berbuka puasa. Dengan lebih dari 100 juadah yang sedia terhidang, sudah pasti akan buat kamu kekenyangan setelah satu hari menahan dari lapar. Chef-chef di Lemon Garden telah menyediakan juadah-juadah istimewa seperti Iranian Kubbiedeh, Kepak Ayam Madu Panggang dan tidak lupa Nasi Beriyani Kambing. Akan ada promosi Early Bird di mana kamu hanya perlu membayar RM180 nett untuk dewasa sekiranya berbuka pada 5 sehingga 14 Mei. Selepas 15 Mei harga untuk dewasa bermula dari RM203 nett untuk seorang. Bagi yang ingin membuat tempahan sekarang boleh hubungi +603 2074 3900.
Berbuka puasa dengan ada gaya dan stail, kamu boleh pilih untuk berbuka puasa di Flock, W Kuala Lumpur. Tema yang dipilih pada tahun ini pula ialah Bazaar Malam. Harga untuk dewasa pula bermula dari RM188+ akan tetapi untuk promosi Early Bird, hanya RM168+ untuk dewasa dan Tarikh untuk promosi ini dari 5 Mei sehingga 12 Mei.
Dengan tema Aneka Rasa di JP Teres, Grand Hyatt KL pasti akan membuat kamu pening untuk memilih lebih dari 150 juadah yang terdiri dari masakan Melayu, India dan juga Cina. Selain dari itu, terdapat 20 live-cooking yang pasti akan menambat selera kamu nanti. Yang menariknya di JP Teres ini, setiap Jumaat dan Sabtu, akan ada Barbecue Nights. Bagi yang kaki barbeku, pasti tidak akan lepaskan peluang ini. Harga bermula dari RM178 nett untuk dewasa. Berminat? Tunggu apa lagi, sila hubungi JP Teres untuk buat tempahan.
Bagi yang bekerja di sekitar KLCC, jangan lupa untuk mencuba berbuka puasa di Intercontinental KL. Harga untuk dewasa hanya RM165 sahaja. Seperti tahun berikutnya, sajian yang menjadi kegilaan ramai, seperti Murtabak, Rojak, Aiskrim Potong, Kibas Bakar, Tau Foo Fah akan menemui kamu lagi pada tahun ini. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi juadah yang turut disajikan sepanjang bulan puasa nanti. Sila hubungi +603 2782 6339 untuk membuat tempahan lanjut. Jangan lepaskan peluang ini.
Pesanan dari Team Madu bagi kamu yang menyambut bulan Ramadhan nanti, elakkan pembaziran, lebihkan amal Jariah. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! =)
![]()
|
|
Makan November 21, 2019 | |
5 Makanan Street Food Yang Super Menarik Di Negara Jiran – Thailand! |
![]()
|
|
Makan October 29, 2019 | |
Makanan Yang Harus Ada Semasa Deepavali. Jom Check It Out! |
![]()
|
|
Kecantikan April 11, 2019 | |
Petua “Kedababoom” Mengenai Sunscreen | |
![]()
|
|
Kecantikan May 13, 2019 | |
Foundation Bercapuk Dan Berwarna Kelabu | |