Manis Madu
×

  Apr, 12, 2019
Hypoallergenic? Diuji Secara Klinikal? Non-Comedogenic? Apa Maksud Perkataan Ini?
oleh

Dengan hadirnya banyak produk kecantikan di pasaran, semakin rambang mata pengguna untuk memilih mana satu yang sesuai dengan kulit mereka. Selalunya apabila anda membeli produk kecantikan, pernahkah anda membaca label produk tersebut dan menemui perkataan seperti “Hypoallergenic“, “Diuji secara klinikal” ataupun “Diuji secara klinikal”?

Fahamkah anda dengan maksud perkataan tersebut? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkataan tersebut, anda bolehlah merujuk kepada maklumat dibawah:

Hypoallergenic

Produk ini menyatakan bahawa keberangkalian produk ini memberi alahan kepada anda adalah sangat kecil jika dibandingkan dengan produk lain. Pendek kata, produk ini tidak akan memberi alahan kepada anda. TETAPI tidak ada jaminan bahawa produk ini tidak akan memberi alahan kepada anda sama sekali, ini kerana produk hypoallergenic berkemungkinan akan mempunyai bahan wangian. Seperti yang kita tahu, bahan wangian adalah salah satu penyebab utama alahan.

Non-Comedogenic

Perkataan ini bermaksud “tidak akan menghalang pori-pori kulit” dan kebiasaanya ini terdapat di produk yang khusus untuk kulit yang berminyak dan bermasalah jerawat. Jika anda menjumpai produk yang mempunyai bahan COMEDOGENIC, bahan ini boleh menyebabkan pori anda tersumbat dan boleh menyebabkan blackheads. Tetapi INGAT walaupun ia mengatakan tidak akan membuatkan pori kulit muka anda tersumbat atau terhalang, ini bukanlah satu kepastian ini kerana tidak ada standard atau patuhan yang telah dibuat untuk menjaminkan bahawa bahan ini akan berkesan kepada kulit anda.

Terbukti Secara Klinikal/Clinically Proven

Sumber Gambar: e-armour

Ini adalah yang selalu kita lihat pada kebanyakan produk di pasaran, khususnya di ruangan anti-penuaan. TERBUKTI SECARA KLINIKAL/CLINICALLY PROVEN kebiasaanya bermaksud produk telah diuji terhadap beberapa orang dalam bilangan yang kecil. Ini hanya melibatkan beberapa orang sahaja, dan seperti yang kita tahu kajian haruslah dibuat berdasarkan sample size yang lebih besar untuk mendapatkan keputusan yang lebih bagus. Tetapi ini tidak bermakna ia keputusan ujian ini tidak boleh diambil kira, cuma there is no way to be certain.

 
RELATED POSTS
Tags : kecantikan, penjagaan kulit, skincare
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR