Manis Madu
×

  May, 14, 2019
Jom Bercuti Ke Koh Samui!
oleh

Tenang dan indah, itulah yang akan anda rasa jika anda bercuti ke Koh Samui, Thailand. Pulau yang kedua terbesar di Thailand ini dipenuhi dengan keindahan pantai dan suasana yang tenang. Jika anda ingin refresh atau rejuvenate dari kehidupan kota yang sibuk, Koh Samui adalah tempat yang harus ditujui.

Jika anda bercadang ingin ke Koh Samui, ikuti tips di bawah:

1. Jika anda tinggal jauh dari Pantai Chaweng, pastikan anda sewa kereta atau motor untuk memudahkan perjalanan anda. Tapi jangan risau, ini kerana di sini mereka mempunyai kemudahan Grab.

2. Kalau menginap villa(yang mempunyai dapur) adalah lebih baik untuk beli barang-barang dapur, supaya anda boleh menyediakan makanan anda sendiri. Ini boleh menjimatkan anda, terutamanya jika anda bercuti lama.

3. Pastikan anda luangkan satu hari untuk mengikut tour, untuk naik boat ke salah satu pulau terdekat di situ. Sesetengah tour akan membawa anda untuk berkayak, memasuki gua dan lagun. Jangan lupa tanya dengan pemandu anda atau receptionist hotel.

Sumber Gambar: Koh Samui

4. Jika anda ingin berjalan-jalan di tepi pantai, anda bolehlah ke Pantai Chaweng dimana terletaknya café ataupun restorant tepi pantai. Tetapi ingat kebanyakan pantai ini sudah menjadi milik hotel ataupun café/restaurant, pastikan anda ke pantai yang dibuka untuk orang awam.

5. Jangan lupa untuk ke Fisherman’s Village Bophut, kawasan ini sangat terkenal dengan di kalangan pelancong-pelancong. Di sini, anda boleh membeli cendermata untuk kawan-kawan atau untuk diri anda sendiri. Tempat ini dipenuhi dengan pelbagai kedai.

Sumber Gambar: Koh Samui

6. Jika anda rasa Pantai Chaweng tidak memenuhi citarasa anda, mungkin anda boleh mencuba ke Pantai Lamai. Seperti Pantai Chaweng, pantai ini dipenuhi oleh restoran, café dan juga bar.

Tunggu apa lagi? Pack your bag and let’s go!

 
RELATED POSTS
Tags : bercuti, koh samui, thailand, travel
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR