Lipstick Yang Harus Kamu Dapatkan Sebelum Hari Raya Ini! – Manis Madu

Lipstick Yang Harus Kamu Dapatkan Sebelum Hari Raya Ini!

Selepas kejayaan produk yang terdahulu, Syed Faizal Syed Noh terus memperkasakan lagi label solekannya. Jurusolek profesional dan tidak asing lagi namanya dalam industri kecantikan tempatan, malah turut dikenali di Singapura dan juga Brunei, kini melancarkan satu lagi koleksi solekan terbaru di bawah label Syed Faizal Beauty.

BIBIR Back To Basic : Lipstick terdiri daripada 10 jenis rona brown iaitu Sable, Shame, Star, Sugar, Sofy, Feya, Fanny, Flame, Frost dan Fable. Teksturnya pula ialah Satin Matte, dimana setelah dioles, bibir kamu tidak akan terlalu kering.

Buat kamu yang masih belum familiar dengan jenama lokal ini, Syed Faizal Beauty ditubuhkan pada Jun 2016 dan telah mendapat sambutan yang WOW semenjak dari itu sehingga kini. Antara koleksi yang popularnya adalah seperti koleksi  produk BIBIR, MATA dan PIPI.

Baru-baru ini, pelancaran BIBIR Back To Basic : Lipstick telah dihadiri oleh rakan media, jurusolek tempatan dan juga beauty influencer. Pada pelancaran tersebut, tetamu yang datang dapat merasa sendiri tekstur gincu tersebut.

Ahma Dani, seorang jurusolek yang namanya tengah meningkat naik berkata, dia amat menggemari gincu terbaru dari Syed Faizal Beauty ini. “Teksturnya yang creamy dan juga warna gincu yang pigmented setanding dengan jenama international”. Tambah beliau, “kesemua lipstick yang baru ini amat bersesuaian bagi semua skin tone kerana warnanya yang brown undertones”. Ditanya apakah shade kegemaran beliau, untuk medium – dark skin tone, kod Sable adalah yang paling cocok untuk kamu dan bagi yang berkulit cerah pula, kamu boleh dapatkan kod Fable & Fanny

Instagram ahma_dani

Dijual pada harga mampu milik iaitu RM40 setiap satu, sudah pasti kamu tidak lepaskan peluang ini untuk mendapatkanya sebelum Hari Raya nanti. Jadi tunggu apa lagi, untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, boleh layari laman Instagram @syedfaizalbeauty .

Post a Comment