Salah satu produk mekap yang sangat terkenal dan selalu menjadi pilihan setiap wanita adalah pembayang pipi. Selain membantu untuk memberikan wajah yang kelihatan fresh, ia juga dapat membantu untuk menambah dimensi pada muka anda.
Tetapi ramai juga yang tidak tahu bagaimana menggunakan pembayang pipi dan cara yang betul untuk menggunakan pembayang pipi pada muka anda.
Mari ikuti apakah fungsi pembayang pipi dan apakah yang anda boleh lakukan dengan pembayang pipi :-
Pembayang pipi digunakan untuk menambah dan memberi dimensi untuk pipi anda, tetapi cara mengaplikasikan pembayang pipi adalah berbeza mengikut bentuk muka anda. Ikuti carta dibawah untuk pemahaman yang lebih terperinci.
Carilah warna yang sesuai dengan warna kulit muka anda ataupun tema mekap yang anda lakukan pada masa itu. Contohnya jika kulit muka anda berwarna sedikit pucat gunalah warna merah muda ataupun sedikit warna peach.
Jangan gunakan pembayang pipi yang mempunyai shimmer jika kulit muka anda tidak begitu smooth atau rata. Ini kerana produk yang mempunyai shimmer boleh membuatkan parut atau celah muka anda lebih ketara.
Gunakan pembayang pipi bukan setakat di pipi sahaja. Tahukah anda bahawa pembayang pipi juga boleh digunakan untuk pembayang mata, bibir dan juga contour? Yer, betul tu. Gunalah pembanyang pipi untuk kegunaan yang lain di muka anda juga.
Gunakan primer atau prep muka anda dengan sebaik yang mungkin untuk membuatkan pembayang pipi anda akan tahan lebih lama.
Guna pembayang pipi yang mempunyai formula yang bersesuaian dengan kulit dan juga look yang anda cuba kecapi. Contohnya pembayang pipi powder sesuai untuk orang yang mempunyai pori yang besar dan jenis krim pulak sesuai untuk mendapatkan hasil yang dewy dan mempunyai tahap ketahanan yang agak lama.
Jadi bagaimana dengan anda? Pembayang pipi apakah kegemaran anda?
![]()
|
|
Makan November 21, 2019 | |
5 Makanan Street Food Yang Super Menarik Di Negara Jiran – Thailand! |
![]()
|
|
Makan October 29, 2019 | |
Makanan Yang Harus Ada Semasa Deepavali. Jom Check It Out! |
![]()
|
|
Kecantikan April 11, 2019 | |
Petua “Kedababoom” Mengenai Sunscreen | |
![]()
|
|
Kecantikan May 13, 2019 | |
Foundation Bercapuk Dan Berwarna Kelabu | |