Salahkan Golongan Isteri Apabila Terjadinya Kes Rogol Atau Kes Pedofilia? – Manis Madu

Salahkan Golongan Isteri Apabila Terjadinya Kes Rogol Atau Kes Pedofilia?

Kejadian rogol dalam keluarga sendiri dan pedofilia sudah semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Topik ini sudah hangat diperkatakan dan juga dibahas oleh beberapa golongan professional.

 

Tetapi, baru-baru ni Madu terbaca lah salah satu muat turun media sosial mengenai isu “Wanita harus memuaskan nafsu suami mereka untuk mengelakkan suami mereka dari menonton video lucah”

Umirah Taib, pengasas untuk Le Maream Lingerie baru-baru ini memuat naikkan video yang berdurasi lebih dari 20 minit (IGTV). Dalam video tersebut beliau menyatakan bahawa “Orang perempuan tak boleh salahkan 100% kat suami bila tengok porn. Sebenarnyer salah itu adalah salah kepada diri kita sendiri. Kita tak tolong dia puaskan apa yang dia nak. Walaupun bukan 100% tetapi dalam 30% – 50% kita boleh bantu dia.”

 

Beliau menambah lagi bahawa “My first impressions bila seorang atuk rogol cucu, I cannot put 100% blame on the atuk. Maybe atuk dah berkahwin dengan nenek, dan nenek tidak seperti dulu, dan atuk memuaskan nafsunya dengan menonton porn.”

 

Umirah juga berkata “Kita sebagai isteri tanggungjawab kita panjang”.

 

Setelah terjadinya kejadian ini, ramai netizen telah menyerang dan memberi pendapat mereka mengenai video yang dimuat naik oleh Umirah Taib. Rata-rata netizen tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh beliau. Ada juga yang mengatakan ini adalah teknik marketing yang salah, ramai yang berpendapat beliau berbuat demikian kerana ingin menjual produk tetapi langkah beliau dianggap salah dan tidak masuk akal. Madu pun tak paham, kenapa nak salahkan wanita dalam isu ini? Ya, maybe she said tak salahkan 100% but wanita juga memainkan peranan terjadi kejadian seperti ini.

 

Kalau itu yang ingin disampaikan oleh beliau, Madu ingin bertanya, kenapa nak salahkan wanita/isteri kalau yang gatal adalah suami atau si Atok? Yang mempunyai otak dan pemikiran sendiri adalah suami atau atok, takder saper pun yang galakkan untuk merogol atau menonton video lucah. Itu semua adalah terpulang pada diri sendiri, dah benda tu terang-terang salah dan tak betul kenapa nak salahkan orang lain.

 

Cuma kerana suami/atuk gatal, kenapa nak salahkan si isteri pulak? Jadi kalau isteri sakit dan tidak dapat menunaikan kewajipan sebagai seorang isteri, perlukah si suami merogol anaknya just because isteri tak dapat nak bagi nafkah batin?

 

Walaubagaimanapun, Umirah telah meminta maaf dalam keterangan yang diberi oleh beliau pada 01 April 2019. Beliau meminta maaf atas apa yang beliau katakan sebelum ini. Bagi Madu pulak, ini jer yang Madu nak cakap “LAIN KALI PIKIR GUNA OTAK, JANGAN MAIN BEDAL JER CAKAP.”

 

https://twitter.com/LemareamL/status/1112587648617447424

Post a Comment