Manis Madu
×

  Mar, 27, 2019
5 Tips Percutian “Dabomb!!”
oleh

Percutian adalah merupakan salah satu aktiviti yang selalu kita lakukan, berapakah kali anda bercuti setiap tahun? Apakah perkara yang anda selalu lakukan setiap kali anda ingin bercuti? Bagaimana dengan persediaan anda?

Jom ikuti #TipsDariMadu untuk menyenangkan pengalaman percutian anda

1. Sabar itu sangat penting!

Tertinggal bas? Ataupun tertinggal kamera? Jika ini terjadi pada anda, take a deep breath dan fikir kemungkinan perkara yang lebih teruk boleh terjadi. Jadi, tenang dan cuba fikir apa yang anda boleh lakukan untuk mengisi masa yang sudah lapang. Fikiran yang tenang boleh membuatkan anda membuat keputusan yang lebih bijak.

2. Nikmati pemandangan

Jangan terlalu cepat berjalan semata-mata ingin cover banyak tempat. Berjalanlah dengan pelan dan nikmati pemandagan sekeliling anda. Inikan percutian anda, so jangan rush!

3. Ambil gambar

Jangan sesekali lupa untuk mengabaikan pemandangan atau memori anda dalam gambar. Ambil gambar yang banyak TAPI jangan sampai mengganggu aktiviti anda pula.

4. Cuba benda baru, experience!

Apabila kita bercuti terutamanya di negara baru, mesti banyak benda baru yang kita akan saksikan atau kita akan alami. Break from your comfort zone, kalau saya bercuti, saya suka cuba benda baru. Ini akan membuatkan percutian lebih bermakna.

5. Belajar bahasa baru

Ini yang paling penting, cubalah belajar bahasa pertuturan tempat yang anda lawati. Saya biasanya akan belajar sedikit jer, yang asas pun sudah mencukupi. Ini dapat membantu anda dalam berkomunikasi dengan penduduk tempatan dan sekaligus membuatkan mereka lebih senang dengan effort anda untuk berbicara dengan mereka.

Ada banyak lagi benda yang saya akan titik beratkan semasa bercuti, ini semua terpulang kepada anda semua. Anda pula bagaimana?

 
RELATED POSTS
Tags : TipsDariMadu, travel
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR