Manis Madu
×

  May, 10, 2019
Face Mask Buatan Sendiri Senang Dan Mudah
oleh

Kebanyakan kita membeli mask muka yang sudah ada berada di pasaran, bagaimana kalau Madu kata anda boleh membuat mask muka anda sendiri? Adakah anda semua tahu macam mana nak buat mask muka sendiri di rumah anda? Madu akan memberikan sedikit informasi macam mana anda semua boleh membuat clay mask sendiri.

Clay mask dapat membersihkan lebih dalam kulit muka anda. Di bawah adalah jenis clay mask  yang anda boleh buat sendiri di rumah anda.

Sumber Gambar: Indiamart

Mask Membersihkan Kulit Muka

  1. 50g Kaolin Clay
  2. 50g Tepung Oat
  3. Satu titik lavender minyak esen

Mask ini sesuai dengan kulit acne prone atau kulit yang sensitif

Mask Untuk Hidrasi Muka

  1. 50g Clay Putih
  2. 50g Tepung Dedak
  3. Satu sudu kecil Minyak Dedak padi

Mask ini akan mencuci dan melembapkan kulit muka anda.

Sumber Gambar: Indiamart

Mask Melambatkan Penuaan

  1. 100g Fench Red Clay
  2. Satu kapsul Vitamin B setiap penggunaan dimuka

Mask ini akan menolong untuk menegangkan dan melembapkan kulit muka.

Mask Menaikkan Seri Muka

  1. 50g Clay Putih
  2. 25g tepung kelapa
  3. 25g Tepung Dedak

Mask ini akan memberi nutrisi yang bagus untuk kulit anda, lapisan kulit yang sihat akan membuatkan kulit muka anda nampak GLOWING!

Sumber Gambar: FromNatureWithLove
Sumber Gambar: TheHiveBulkFoods

Ingat semua clay mask yang anda buat dan simpan hanya boleh disimpan maksimum 6 BULAN SAHAJA! Jadi jangan lupa labelkan jar anda supaya anda tidak lupa bila tarikh luput clay mask anda.

 
RELATED POSTS
Tags : Clay Mask, DIY, face mask, kecantikan, mask muka
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR