Manis Madu
×

  Apr, 11, 2019
Petua “Kedababoom” Mengenai Sunscreen
oleh

Dalam rutin penjagaan muka harian, salah satu produk yang selalu perlu kita gunakan adalah sunscreen. Tapi ramai di antara kita yang selalu terlupa untuk mengaplikasikan sunscreen dalam rutin penjagaan muka harian kita.

Ramai yang memakai sunscreen tetapi tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenainya. Ketahui petua dan informasi mengenai sunscreen seperti berikut :-

Sumber Gambar: Akhayar
  1. Kenapa perlu pakai sunscreen? Penggunaan sunscreen seharian boleh menolong anda dalam melindungi kulit anda dari kanser kulit dan juga proses penuaan di tahap awal.
  2. Jika anda ingin membeli sunscreen, sebaik-baiknya beli yang mempunyai perlindungan terhadap UVA dan UVB sekali. Ingat jika anda membeli sunscreen belilah mengikut keadaan atau situasi anda. Jika anda seorang yang kerap berdiri di bawah panas sinaran matahari, gunalah UVA yang tinggi kerana UVA boleh menembusi kulit di bahagian struktur yang lebih dalam. Ini boleh membuatkan kulit anda nampak lagi tua dan gelap yang berpanjangan dan KANSER KULIT!
  3. Sunscreen mempunyai tahap SPF yang tertentu, baca dan periksa tahap SPF sunscreen yang anda ingin beli. Pastikan tahap minimum SPF adalah SPF 15-30.
  4. Bagi anda yang berkulit berminyak, cubalah untuk membeli jenis SPF yang mempunyai tinted ataupun gel matte. Bagi yang mempunyai kulit kering pula, anda boleh memakai sunscreen yang berbentuk krim atau balm.
  5. Kalau boleh, semasa anda membeli sunscreen, cuba elakkan untuk membeli produk mekap yang sudah mempunyai SPF. Ini kerana produk mekap yang sudah sedia ada SPF tidak begitu berkesan berbanding dengan produk yang memang khusus untuk sunscreen.
Sumber Gambar: Topimages.com

IIngat jangan lupa untuk memilih sunscreen yang sesuai dengan anda, dan jangan lupa untuk menitikberatkan hal di atas.  

 
RELATED POSTS
Tags : kecantikan, sunscreen
 
COMMENTS
 
MORE IN CATEGORY TITLE
 
PALING POPULAR